Apa gunanya kehidupan di dunia ini..
jika iman & takwa tiada di hati..
malah dijadikan perhiasan diri...
sebagai muslim di dunia ini...
apakah nilai hargamu pada Islam wahai diri???
sudahkah kau mengorbankan diri??
berjuang & terus berjuang..
agar Islam kembali tertegak di muka bumi ini???
TIDAKK!!TIDAK SAMA SEKALi!!!
kehidupanmu juga jauh menyimpang...
dari landasan yang ditetapkan Tuhan...
Malulah dirimu wahai insan...
Menumpang di bumi dengan belas kasihan
Tuhan yang yang lupakan...
Namun...kau masih belum tersedar...
dalam mimpimu yang masih kabur & pudar..
lena yang panjang kau teruskan..
Tanpa mahu bangun & berjuang...
Kau mengalah sebelum perang!!
Mengangkat bendera putih sebelum menang!!
Tidakkah kau malu??!!!
Pada Tuhanmu yang Satu????
Pada Rasulmu yang terulung???
MALULAH WAHAI DIRII!!!!!
Darahmu masih belum tumpah demi perjuangan ini...
Kewanganmu masih banyak berbaki...
Hartamu masih mampu didaki...
MALULAHH!!!MALULAH WAHAI DIRI..
Kau umat yang tidak mengenang budi..
Kau makhluk yang tak sedar diri...
Menumpang di bumi dengan meninggi diri,..
Tanpa rasa malu & rendah diri...
SEDARLAH WAHAI DIRI...
Jika kau masih begini...
Kau tidak layak bergelar 'SRIKANDI'

Tiada ulasan:
Catat Ulasan